Skip to main content
Berita UtaraBerita TempatanPulau Pinang

Zubir Khan Gegarkan Sambutan Hari OKU Timur Laut

By 4 Disember 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Hanafi Sariman (Timur Laut)

BUKIT BENDERA, 4 Dis (Malaysiaaktif) – Penyanyi yang sedang mencipta nama, Zubir Khan memukau hampir 1,000 pengunjung di Sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Peringkat Daerah Timur Laut apabila tampil dengan persembahan lagu terunggul beliau, Yennode Macha.

Gimik perasmian.

Lebih istimewa, penampilan Zubir  yang juga merupakan seorang individu OKU dalam program tersebut semalam dirancang khas oleh pihak penganjur sebagai kejutan istimewa untuk memeriahkan sambutan.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Pulau Pinang Zakaria Taib dalam ucapannya memuji komitmen pelbagai pihak yang menjayakan acara ini.

“Sambutan ini adalah bukti keprihatinan kerajaan dan masyarakat terhadap pembangunan komuniti OKU dalam memastikan mereka tidak terpinggir, malah terus diberi ruang untuk berkembang dan menikmati kesejahteraan hidup,” ujarnya.

Antara tetamu yang hadir.

Program anjuran Penang Cheshire Home bersama Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Timur Laut turut mendapat sokongan luar biasa daripada 48 sekolah dan pertubuhan OKU.

-ZS-

Tinggalkan komen anda