Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

130 Murid di DUN Kuang Terima Baucar ‘Kembali Ke Sekolah’

By 14 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

BANDAR TASIK PUTERI, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 130 orang murid daripada keluarga kurang berkemampuan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuang menerima bantuan persekolahan menerusi program Kembali ke Sekolah 2025 hari ini.

Program hasil inisiatif Pejabat Penyelaras DUN Kuang, Pejabat Pedidikan Daerah (PPD) Gombak serta Pusat Fesyen KW itu bertujuan meringankan beban keluarga dalam menyediakan kelengkapan sekolah anak-anak.

Datuk Hasnal sedang berbual dengan salah seorang murid yang menerima baucar Kembali Ke Sekolah

Penyelaras DUN Kuang, Datuk Hasnal Rezua Merican, berkata sumbangan dalam bentuk baucar berjumlah RM100 kepada murid-murid yang terpilih daripada 11 buah sekolah.

“Saya tidak mahu akibat kemiskinan ada murid yang tercicir dalam pelajaran.

“Mereka wajar mendapat pembelaan daripada pihak kerajaan, pihak swasta dan pimpinan masyarakat yang perlu memainkan peranan masing-masing,” katanya ketika menyampaikan ucapan Program Kembali Ke Sekolah, di sini hari ini.

Sementara itu wakil Pegawai Pendidikan Daerah Gombak, Azrul Khairi Ahmad, berkata sumbangan yang diberikan pasti memberi manfaat kepada anak-anak murid sekaligus meringankan beban keluarga.

“Program seumpama ini membantu meringankan beban ibu bapa menunjukkan pendidikan merupakan tanggungjawab bersama.

“Pihak PPD Gombak berharap usaha kolaborasi seumpama ini dapat diteruskan dalam memastikan matlamat pendidikan berkualiti untuk semua dapat dicapai,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda