Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

197 Kanak-Kanak Dirai di Majlis Konvokesyen Tadika Perpaduan Daerah Rembau

By 3 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Malini Md Yunos (Rembau)/Mariawaty Mohd Din (JPNIN) 

REMBAU, 3 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 197 orang kanak-kanak berumur lima hingga enam tahun daripada 10 Tadika Perpaduan dalam daerah Rembau diraikan dalam Majlis Konvokesyen dan Program Pintar Kreatif Sesi Tabika Perpaduan Daerah Rembau Tahun 2024/2025.

Pengarah JPNIN Negeri Sembilan mengiringi ADUN Chembong memotong riben sebagai gimik perasmian.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chembong Datuk Hj. Zaifulbahri Idris, impian ibu bapa adalah melihat anak-anak membesar menjadi insan yang hebat dan baik menghargai kejayaan anak-anak dengan mengadakan sambutan hari graduasi.

“Kepimpinan menghargai kerjasama dan sokongan semua pihak dalam menjayakan hari graduasi anak-anak tamat pembelajaran di peringkat tadika.

“Ia juga menjadi terjemahan penghargaan dan terima kasih setinggi tahniah kepada guru-guru, penolong guru dan ibu bapa yang melihat betapa pendidikan awal ini sangat penting kepada anak-anak mendepani pengalaman, membudayakan pemikiran dan mempertingkatkan daya keativiti pemikiran diasuh bergaul dengan orang lain selain pendidikan formal malah diasuh peka dan prihatin kepada alam dan masyarakat,” katanya ketika merasmikan program di Dewan Seri Rembau, di sini semalam.

Pada majlis tersebut ADUN Chembong turut menyumbangkan peruntukan berjumlah RM3,000 sebagi menghargai jasa dan pengorbanan guru-guru Tadika Perpaduan daerah ini.

ADUN Chembong disambut dengan perarakan oleh kanak-kanak Tadika Perpaduan.

Menurut salah seorang ibu bapa yang hadir Nor Irwani Othman, 33, majlis gradusi yang dianjurkan kepada anak Tabika Perpaduan amatlah baik dan perlu diteruskan kerana ia sebagai tanda ingatan dan penghargaan anak-naank yang telah melakar pelbagai kejayaan sepanjang menempuh sesi pendidikan awal mereka.

Turut hadir ADUN Kota Suhaimi Aini, Pegawai Daerah Rembau Mohd Zamri Mohd Esa dan Pengarah JPNIN Negeri Sembilan Syahilawani Noordin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda