
Laporan/foto: Noorul Arizah Md Razani (Rembau)
REMBAU, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 323 pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Undang Rembau telah diraikan dalam Majlis Apresiasi Amalan Sahsiah Terbaik Green Button Innovation Dalam Kehadiran Awal Murid Ke Sekolah Sesi 2024/2025.
Majlis yang diadakan di Dewan Dato’ Lela Maharaja ESQ Motivation Centre 2, SK Undang Rembau, kelmarin disempurnakan oleh Alumni SK Undang Rembau Datuk Haji Ramli Mohd Tahir.

Ramli ketika berucap merasmikan majlis.
“Majlis apresiasi merupakan suatu majlis khas untuk meraikan pelajar-pelajar yang telah membuktikan kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan. Justeru itu syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar yang mencapai kejayaan cemerlang.
“Selain memberi pengiktirafan kepada pelajar, majlis turut menganugerahkan sijil penghargaan khas kepada agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di atas penglibatan jaringan kerjasama bersama sekolah dalam perarakan Jiwa Merdeka PIBG 2024,” katanya.
Menurutnya lagi, melalui pengiktirafan ini pihak sekolah berharap dapat meningkatkan motivasi pelajar untuk terus meningkatkan kualiti pencapaian akademik selain untuk menghargai dedikasi dan komitmen tinggi guru-guru yang telah menyumbangkan tenaga mereka kepada sekolah.
“Pengiktirafan ini bukan sahaja menghargai usaha mereka, tetapi juga bertindak sebagai motivasi untuk terus memberi yang terbaik dalam mendidik anak bangsa.

Pelajar membuat persembahan tarian sebagai simbolik perasmian majlis.
“Satu lagi aspek penting majlis ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan pihak sekolah dengan mengundang ibu bapa untuk turut meraikan kejayaan anak-anak mereka, majlis ini menjadi platform untuk memperkukuhkan kerjasama antara sekolah dan keluarga dalam menyokong pendidikan pelajar,” katanya.
Bapa kepada salah seorang pelajar yang menerima anugerah Razali Ismail, 43, berasa syukur dan bangga dengan pencapaian anaknya dalam pelajaran dan sahsiah.
“Saya berharap agar dengan anugerah ini ia dapat menjadi motivasi dan semangat untuk memupuk sikap serta keterujaan pelajar berminat untuk datang awal ke sekolah,” katanya.
Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Rembau Mazlan Abdullah.
-ZS-