
Laporan/Foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini
MARANG, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Karnival Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid (MTQN) Peringkat Negeri Terengganu telah berlangsung dengan jayanya di Kompleks Perkasa, Bukit Payong, di sini kelmarin.

Para penonton yang hadir di Karnival MTQN
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa MTQN Peringkat Negeri Terengganu Yusof Musa, berkata program dwi tahunan ini memasuki edisi ke-21 dengan 42 peserta terpilih untuk mewakili negeri ini ke peringkat kebangsaan yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan Februari di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sebahagian pelajar yang hadir
“Saringan pertandingan telah dijalankan sepanjang bulan lepas di peringkat asrama, di mana peserta-peserta terdiri daripada penghuni Asrama Darul Falah, Asrama PERKAYA, Asrama PERKIM dan Asrama Darul Akhyar,” katanya.
Jelasnya lagi, program ini bertujuan untuk memperkasakan anak-anak yatim di bawah naungan Pertubuhan Anak-Anak Yatim Malaysia (PEYATIM) dengan menekankan pembangunan sahsiah dan kualiti mereka.
“Karnival kali ini mempertandingkan 12 kategori termasuk Tilawah Al-Quran, Hafazan, Nasyid, Syarahan, Syair dan Deklamasi Sajak,” ujarnya.
-AA-