Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

5 Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik Sekitar Kuala Perlis

By 13 Januari 2025Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Anuar Che Amat

KANGAR, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Sebanyak lima Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (ADTREC) telah ditempatkan di beberapa kawasan di Kuala Perlis untuk kemudahan penduduk setempat.

Pendaftaran dan hasil bayaran penjualan barangan kitar semula semuanya di buat secara dalam talian melalui telefon penduduk

Menurut Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Bukit Kubu, Teoh Cheong Woei, berkata Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik ini adalah hasil dari kelulusan geran Program SejaTi MADANI sebanyak RM100,000 yang dipohon dari beberapa beberapa persatuan penduduk di kawasan Kuala Perlis.

“Proses permohonan geran SejaTI MADANI dari Pejabat Pembangunan Persekutuan (ICU) telah dibuat pada September tahun lalu oleh beberapa persatuan penduduk di kawasan Kuala Perlis dan penerimaan mesin kitar semula ini di terima pada awal Januari,” katanya.

Halimah Sulaiman menuang minyak masak terpakai ke dalam mesin jualan minyak masak terpakai tersebut automatik di Kampung Seberang Alor, Kuala Perlis

“Sebanyak lima pusat ADTEC telah diwujudkan di kawasan Kuala Perlis ini dan kami sangat berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di atas cetusan idea SejaTI MADANI ini,”ujarnya lagi.

Antara tempat tersebut adalah di Kampung Seberang Alor, Kampung Tanah Baru, Kampung Kurung Tengar, Taman Bukit Kubu dan di hadapan Zuley Hotel Heritage.

Pengarah Urusan WASTETOWEALTH Holding Sendirian Berhad, Ir Mohd Saiful Anuar Zainal yang ditemui kelmarin di Majlis Perasmian Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik di Kampung Seberang Alor memuji hasil inisiatif yang telah dilakukan oleh beberapa persatuan penduduk di kawasan ini.

“Pusat Kitar Semula Pandu Lalu Automatik (Trash For Cash) ini bukan sekadar pusat kitar semula biasa tetapi ia mampu menjana pendapatan tambahan penduduk hasil dari penjualan kembali barang barang terpakai tersebut,” katanya.

Pusat ini beroperasi 24 jam dan menggunakan sistem layan diri sepenuhnya dan mesin ini beroperasi dengan teknologi (internet of things) dan kuasa solar.

“Menariknya ia bukan sahaja mampu mendidik penduduk menghargai alam sekitar tetapi  mereka juga dapat menggunakan mesin pada bila bila masa dan setelah proses kitar semula di buat,  hasil bayaran dari bahan kitar semula tersebut akan dimasukan terus ke akaun penduduk melalui akaun yang didaftarkan di telefon masing-masing,” katanya lagi.

SejaTi MADANI adalah inisiatif baharu Kerajaan Perpaduan, yang bertujuan merancakkan aktiviti ekonomi di peringkat komuniti bagi meningkatkan pendapatan dengan pemberian dana antara RM50,000 hingga RM100,000 kepada komuniti yang layak.

Bagi Hamidah Sulaiman, 71, seorang suri rumah dari Kampung Seberang Jaya, berkata mesin kitar semula ini dapat menjana pendapatan pada beliau.

“Selama ini minyak masak yang telah digunakan di rumah, makcik cuma buang begitu sahaja tetapi dengan mesin kitar semula ini ia mampu memberi pendapatan tambahan kepada makcik seisi keluarga”ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda