
Laporan/foto: Zayana Isa/APM Cameron Highlands (Pahang)
CAMERON HIGHLANDS, 6 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai 11 calon Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dari daerah ini dibawa ke pusat peperiksaan oleh Angkatan Pertahanan Awam Daerah Cameron Highlands berikutan kejadian tanah runtuh yang berlaku awal pagi ini.

Pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dibawa oleh pihak APM sekitar jam 7.30 pagi tadi
Menurut Pegawai Pertahanan Awam Daerah Cameron Highlands Leftenan (PA) Md Hazli Hanifah Mohd Hanafi, pelajar yang terlibat adalah dari Prima Kampung Raja, Blue Valley dan Lojing.
“Pihak APM membantu 11 orang pelajar ini yang sedang menduduki SPM berikutan kejadian tanah runtuh menyebabkan laluan tidak boleh dilalui,” katanya.
Awal pagi ini satu kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Besar Kampung Raja, Simpang 3 Blue Valley yang mengakibatkan laluan utama dari Simpang Pulai/Lojing ke Cameron Highlands terhalang di kedua-dua arah.
Walaubagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
-AA-