Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

APM Laksana Operasi Prihatin Sepanjang Perayaan

By 27 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)/FB APM Bagan Datuk

RUNGKUP, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Angkatan Pertahanan Awam (APM) Bagan Datuk telah melaksanakan penugasan Operasi Prihatin 2025 (OP 2025) sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Bagan Datuk disini kelmarin.

Antara perkhidmatan APM sepanjang OP 2025 adalah bantuan kecemasan semasa kemalangan

Pegawai Pertahanan Awam Malaysia Daerah Bagan Datuk Kapten (PA) Mohd Fazly Mohamad Zawawi berkata, OP 2025 Fasa Satu akan bermula dari 25 Januari hingga 2 Februari manakala Fasa Dua bermula pada 29 Mac hingga 6 April bersempena dengan Aidilfitri.

Fazly (kiri sekali) berharap OP 2025 akan mengurangkan risiko bencana sepanjang musim perayaan dan APM akan sedia memberi perkhidmatan kepada orang awam

“Tujuan utama pelaksanaan OP 2025 adalah untuk mengurangkan risiko bencana di musim perayaan dan membantu masyarakat yang memerlukan khidmat pasukan APM.

“Antara skop perkhidmatan sepanjang OP 2025 meliputi bantuan kemalangan jalan raya, penyelamatan haiwan, pembaikan kecil, mengalihkan halangan dan pokok tumbang.

“Selain membuat rondaan di Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri dari radius lima kilometer dari PKOD masing-masing, rondaan akan dilaksanakan di kawasan tumpuan ramai seperti pusat peranginan, pusat beli belah dan rumah ibadah.

“Orang ramai diingatkan agar membuat pemeriksaan kenderaan sebelum memulakan perjalanan dan berhati-hati semasa memandu.

“Untuk sebarang perkhidmatan kes kecemasan dan bantuan boleh menghubungi Malaysian Emergency Response Services (MERS) di talian kecemasan 999,”ujarnya ketika ditemu bual.

OP 2025 telah disempurnakan pelancarannya oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) APM Datuk Ismail Mohd Zawawi di Stesen Minyak Petronas, Taman Putra Budiman, Balakong pada Jumaat.

-AA-

Tinggalkan komen anda