Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerlis

Atlet Paragliding Wanita Pertama Pelopori Aktiviti Luncur Angin di Tasik Timah Tasoh

By 29 Januari 2025Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noor Aini/Anuar Che Amat (Perlis)

PADANG BESAR, 27 Jan(Malaysiaaktif) – Kebiasaanya sukan lasak dipelopori oleh lelaki, namun bagi Sharifah Nadiah Wafa Syed Mohd Thalal Wafa, 38 seorang yang meminati sukan lasak dan ekstrem, lelaki mahupun wanita boleh menyertainya.

Sharifah Nadiah merupakan seorang atlet paragliding negara wanita pertama dan telah mula berminat dengan sukan lasak dan ekstrem sejak tahun 2015.

Dirinya sentiasa memberikan gambaran sukan lasak seperti ini boleh disertai oleh sesiapa sahaja yang berminat tanpa mengira jantina dan umur.

Aktiviti stand-up paddle bersama Hermission di Tasik Timah Tasoh.

Siapa sangka, lepasan graduan Universiti Teknologi MARA dalam jurusan Ijazah Sarjana Arkitek, (B.Arch.) adalah merupakan seorang atlet negara yang pernah menjuarai kejohanan sukan pragliding di peringkat antarabangsa.

Pernah mendapat bimbingan dalam sukan pragliding dan pernah berlatih bersama jurulatih profesional paragliding Indonesia, Andika Mountnear.

Oleh kerana minat yang mendalam dalam sukan ekstrem dan lasak, beliau kini mula melebarkan sayapnya menceburkan diri dalam bidang luncur angin di Tasik Timah Tasoh (windsurfing).

Bagi sukan luncur angin ini, untuk menggerakkan layar, ia memerlukan kuasa angin yang tinggi untuk menolak layar dan meluncurkan papan luncur di permukaan air.

Perlis negeri yang bertuah, punya pengasas yang sangat mahir dengan bacaan angin ini, yang kini menghidupkan aktiviti sukan luncur angin di Tasik Timah Tasoh.

Sharifah Nadiah dan pasukannya menerusi Kelab Hermission, mengadakan aktiviti meluncurkan papan luncur angin di permukaan air untuk aktiviti riadah bagi pengunjung yang datang ke tasik timah tasoh.

Bagi meluncurkan papan luncur angin bagi menggerakkan layar di Tasik Timah Tasoh ini, memerlukan kemahiran membaca serta memahami gerakan angin.

Ketika wartawan Malaysia Aktif bertemunya ketika ekspedisi dan sesi rakaman bersama Jabatan Penerangan Negeri Perlis, pemerhatian wartawan, tangannya mengendali perahu layar dengan menarik dan menolak tali perahu jenis Catamaran Gateway, terlihat mudah.

Berlayar dengan perahu layar Catamaran.

Namun sebenarnya ia memerlukan kemahiran yang tinggi dalam mengendalikan layar yang hanya bergerak sepenuhnya hanya dengan kuasa angin.

Nadiah yang juga adalahp pengasas jenama hermission.house, memberikan perkongsian bahawa minatnya dalam sukan lasak menjadikan beliau kini antara yang mempelopori sukan luncur angin di Tasik Timah Tasoh semenjak beberapa tahun yang lalu.

“Pengalaman melibatkan aktiviti riadah dengan sukan luncur angin ini adalah kerana minat nya yang sangat gemarkan melakukan aktiviti sukan lasak.

“Saya masih aktif dengan sukan paragliding, cuma kerana minat dengan sukan-sukan yang ekstrem ini, membuatkan saya melangkah ke satu lagi aktiviti iaitu luncur angin yang sememangnya memberikan pengalaman yang berbeza” katanya ketika ditemui di Tasik Timah Tasoh pada hari Sabtu.

Beliau juga menyatakan akan terus menetap di negeri Perlis, walaupun berasal dari Kuala Lumpur kerana misi nya ingin melahirkan anak watan yang berani dalam menceburi bidang sukan ekstrem seperti paragliding dan juga luncur angin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda