
Laporan/foto: Shalene A/P Selva Segar
AIR ITAM, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Kesyukuran dan Penghargaan KADUN Air Itam bertemakan ‘Back to the 80s’ berlangsung meriah di samping menyatukan komuniti setempat dalam suasana penuh nostalgia.

Ucapan perasmian oleh YB Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh
Tema ini bukan sahaja membawa elemen ceria era 80-an, malah mencipta ruang untuk mengeratkan hubungan dan meraikan pencapaian bersama-sama.

Menyatukan penduduk daripada pelbagai latar belakang
Acara dimulakan dengan ucapan oleh Joseph Ng Soon Siang, ADUN Air Itam dan Lim Guan Eng, ADUN Air Putih sebelum dirasmikan oleh Ramkarpal Singh, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, kelmarin.
Dalam ucapannya, Ramkarpal Singh menekankan pencapaian komuniti setempat serta aspirasi untuk masa depan yang lebih gemilang.
Persembahan lagu-lagu popular era 80-an oleh kumpulan muzik tempatan menceriakan suasana sementara pertandingan pakaian bertema menjadi tarikan utama.
Menurut Maliga Ganesan, 57, ahli jawatankuasa MPKK Masjid Negeri, majlis ini memainkan peranan penting dalam memperkukuhkan interaksi positif dan semangat kekitaan dalam kalangan penduduk.
“Hubungan antara ahli komuniti juga dapat dieratkan malah menjadi peluang untuk mengenang kembali detik-detik kegemilangan zaman tersebut melalui muzik, pakaian, dekorasi dan aktiviti yang mengimbau kenangan indah,” katanya.
-AA-