Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Banjir Redah Majlis Perkahwinan, Keluarga Hadapi Dugaan Berat

By 15 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Saiful Nizam Ibrahim (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Sebuah keluarga di Kampung Laut Batu 10, terpaksa menghadapi ujian berat semasa menyambut hari bahagia perkahwinan anak mereka.

Ketika persiapan majlis perkahwinan anak lelaki, banjir melanda rumah mereka merosakkan persiapan dan membawa kesulitan yang tidak diduga. Namun dugaan keluarga ini tidak berhenti di situ.

Noraida Esri, salah seorang mangsa banjir

Menurut ibu pengantin, Noraida Esri, 55, yang menghidap kencing manis terpaksa menjalani pembedahan untuk memotong kakinya akibat komplikasi penyakit dua tahun yang lalu.

Sementara itu anak sulung mereka, Saiful Guyang, 28, yang sebelum ini seorang pekerja aktif pemadu lori menjadi orang kurang upaya (OKU) selepas kemalangan tahun lalu yang menyebabkan beliau lumpuh kaki pada tahun lepas dan akan menjalani pembedahan pada kali ke empat pada awal bulan Mac tahun ini.

Saiful Guyang, 28 mangsa banjir di PPS Dewan MBIP

Meski diuji dengan pelbagai cabaran Noraida tetap tabah dan bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga dan jiran-jiran.

“Walaupun hari bahagia kami tercemar dengan banjir, kami tetap bersama dalam menghadapi dugaan ini,” ujarnya.

Bantuan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan NGO telah meringankan beban keluarga dan bertekad untuk meneruskan kehidupan dengan penuh semangat dan harapan.

Pusat Pemindahan Sementara di Dewan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri mencatatkan seramai 221 mangsa banjir dari 62 keluarga yang ditempatkan di sini.

-AA-

 

Tinggalkan komen anda