Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Bukit Salor Destinasi Ekopelancongan Jeli

By 27 Januari 2025Februari 4th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto oleh: Noor Zulaikha Mazlan/Nik Faizul Nik Rahmat

JELI, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Bukit Salor, yang terletak kira-kira 20 kilometer dari pusat bandar Jeli, semakin dikenali sebagai destinasi pilihan untuk menikmati keindahan alam semula jadi dan pengalaman ekopelancongan.

Jalan menuju ke puncak bukityang boleh dilalui oleh kenderaan ringan

Dari puncaknya, pengunjung dapat menyaksikan panorama memukau hutan tropika dan suasana desa yang tenang, menjadikannya lokasi ideal untuk aktiviti mendaki, fotografi dan rekreasi.

Kawasan ini terkenal dengan kekayaan biodiversiti yang menjadi habitat pelbagai spesies flora dan fauna termasuk tumbuhan herba yang jarang ditemui.

Papan tanda Bukit Salor

Menurut Encik Ahmad Fikri, 35, seorang pencinta alam sekitar yang kerap berkunjung ke sini, berkata Bukit Salor menawarkan keindahan alam semula jadi

“Bukit Salor juga memberikan pengalaman pendidikan kepada pengunjung tentang pentingnya menjaga alam sekitar,” katanya.

Selain promosi yang meluas, kemudahan yang dinaiktaraf mampu menjadikan usaha pemeliharaan kawasan ini sebagai destinasi eko-pelancongan utama di Kelantan.

Bagi memudahkan akses dan pengalaman pengunjung, pihak berkuasa telah menyediakan laluan mendaki yang selamat serta kemudahan seperti tempat rehat dan kawasan letak kenderaan.

Namun begitu, isu kebersihan dan kesedaran pengunjung untuk menjaga alam sekitar kekal menjadi cabaran utama.

Penduduk setempat juga mendapat manfaat daripada peningkatan pelancong yang datang melalui penjualan makanan dan produk tempatan.

Puan Murni Hasim, 50, seorang peniaga di kawasan itu, berharap lebih banyak promosi akan membantu menarik lebih ramai pengunjung, sekali gus merancakkan ekonomi setempat.

Keindahan semula jadi dan potensi besar yang dimiliki Bukit Salor berpotensi untuk diiktiraf sebagai salah satu destinasi pelancongan utama di Kelantan.

Kerjasama antara pihak berkuasa, penduduk tempatan dan pelancong amat penting untuk memastikan kelestarian dan daya tarikan kawasan ini terus terpelihara.

-AA-

Tinggalkan komen anda