Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Community Policing Tambah Baik Kesedaran Kepentingan Keselamatan

By 15 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Amirul Faisal Rastan

GUA MUSANG, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Program Community Policing (Polisi Komuniti) adalah pendekatan keselamatan yang melibatkan kerjasama erat antara pihak polis dan komuniti untuk mencegah jenayah, meningkatkan keselamatan dan mewujudkan hubungan kepercayaan.

Upacara perasmian yang disempurnakan oleh ADUN Galas.

Menurut Ketua Polis Daerah Gua Musang Supritendan Sik Choon Foo, Program seperti ini menekankan keterlibatan aktif masyarakat dalam menjaga keamanan melalui pencegahan dan pemantauan bersama.

“Polis amat memerlukan kerjasama dari komuniti setempat untuk mengenal pasti isu keselamatan dan kawasan berisiko tinggi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas Haji Syahbuddin Hashim, berkata hubungan erat antara polis dan masyarakat perlu sentiasa wujud.

“Program ini dapat menjadi alat yang efektif untuk mencipta masyarakat yang lebih aman dan harmoni,” katanya ketika merasmikan Program Community Policing Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama penduduk Perkampungan Madani di Kampung Batu Papan, di sini kelmarin.

Syahbuddin ketika menyampaikan ucapan.

Salah seorang penduduk kampung Batu Papan, Mohd Aluwi Yahya, 40, berkata beliau berharap masyarakat kampung akan mula mempunyai kesedaran kepentingan keselamatan.

Turut diadakan pameran, ceramah berkaitan dengan kesedaran narkotik dan persembahan kugiran dari Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang.

-ZS-

Tinggalkan komen anda