
Laporan/foto: Mohd Shahrizan Shahabudin/Mahyudin Abd Rani (Seberang Perai Selatan)
SUNGAI ACHEH, 2 Jan (Malaysiaktif) – Denai Run 2025 mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan lebih 1,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Larian sejauh 5.5 kilometer ini bermula seawal pukul 7.30 pagi dengan pelepasan peserta disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Acheh Datuk Rashidi Zinol, di sini semalam.

Menurut Rashidi, acara tahunan ini bertujuan memperkenalkan Kuala Haji Ibrahim sebagai destinasi riadah unggul bukan sahaja untuk penduduk tempatan malah kepada pengunjung luar.
“Denai Run bukan sekadar acara sukan, tetapi satu usaha untuk mempromosikan keindahan kampung di Kuala Haji Ibrahim di mana para peserta berpeluang menikmati pemandangan yang mempesona sambil merasai keharmonian kehidupan desa,” katanya.
Beliau juga menekankan, dengan perancangan yang teliti kawasan ini mampu menjadi tarikan ekonomi dan pelancongan yang signifikan sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada komuniti setempat.

Pemenang hadiah utama cabutan bertuan.
Salah satu tarikan utama acara ini ialah cabutan bertuah di mana sebuah motosikal Modenas Kriss MR2 110cc menjadi hadiah utama yang dinanti-nantikan peserta menambahkan lagi kemeriahan suasana Denai Run 2025.
-ZS-