Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Institusi Pemulihan Dadah Jelebu Bakal Menjadi Destinasi Pelancongan

By 23 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Syafiq Sapian (Jelebu)

JELEBU, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Program suai kenal bersama ketua agensi daerah Jelebu anjuran Insitusi Pemulihan Dadah Jelebu telah berlangsung di Buloh Inn Kolam, Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, di sini semalam.

Pemenang hadiah pertama,Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Jelebu

Pengarah Institusi Pemulihan Dadah Jelebu, Mohamad Kolek Mohamad Nor, berkata kini pihak penjara bukan sahaja melaksanakan program tahan – bekalkan ilmu – bebas, malah melaksanakan pelan-pelan lain seperti Program Pembebasan Banduan Secara (PBSL) dan Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dengan memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak penjara.

Persembahan dari prospek

“Institusi Pemulihan Dadah Jelebu akan dijadikan sebagai destinasi agro pelancongan pada tahun 2026 atas saranan dari Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon dengan berasaskan sektor pertanian, sektor penternakan dan sektor industri kemahiran yang diusahakan oleh prospek institusi ini,” katanya.

Sebagai pengisian program, Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara (PERSIAP) turut mengadakan Pertandingan Memasak Ikan Patin yang telah disertai dari pelbagai agensi di daerah Jelebu termasuklah Penjara Seremban dan Pusat Reintegrasi Penghuni Mantin.

-AA-

Tinggalkan komen anda