Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Jabatan Bomba Terus Tingkatkan Keberkesanan Perkhidmatan Kebombaan

By 29 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 29 Jan (MalaysiaAktif) – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengukuhkan komitmen mereka untuk mempertingkatkan perkhidmatan kebombaan melalui Majlis Perbarisan Tahunan 2025 di Pejabat Bomba Negeri Terengganu, di sini semalam.

Pihak media turut menerima penghargaan daripada JBPM

Majlis ini menjadi platform untuk menilai pencapaian serta merancang hala tuju perkhidmatan yang lebih inklusif dan mampan.

Penyerahan sumbangan kenderaan kepada pasukan sukarelawan bomba

Pengarah JBPM Terengganu Nor Mahathir Muhammad, mewakili Ketua Pengarah JBPM Datuk Ts. Nor Hisham Mohammad, menyatakan bahawa tahun 2025 akan menyaksikan inisiatif baru untuk memperkemas fungsi JBPM selaras dengan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam.

“Fokus utama termasuk memperkukuh tatakelola, nilai, dan sinergi strategik di peringkat persekutuan dan antarabangsa.

“Selain itu, JBPM turut melancarkan Pusat Gerakan Operasi Kebombaan Kebangsaan (PGOK) pada 24 Disember 2024 sebagai penjenamaan semula Pusat Pengurusan Operasi (PPO) untuk memperkukuh komunikasi operasi jabatan.

“Penghargaan juga diberikan kepada rakan strategik yang menyokong kejayaan JBPM,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda