
Laporan/foto: Zayana Isa/Allyshia Low
PEKAN, 29 Jan (Malaysiaaktif) – Kemeriahan ‘makan besar’ keluarga Low tahun ini turut diserikan dengan kehadiran besan mereka.
Wong Chew Mei, 56, berkata sambutan perayaan Tahun Baharu Cina kali ini berbeza daripada tahun-tahun sebelumnya apabila mereka turut menjemput besan mereka untuk menyertai acara ‘makan besar’.

Hidangan stimbot menjadi pilihan semasa acara ‘makan besar’.
“Anak saya memeluk agama Islam sebelum berkahwin, jadi saya berhajat untuk mengajak keluarga mertuanya turut sama ‘makan besar’ pada tahun ini,” katanya.
Menurutnya lagi, memandangkan besannya turut serta kali ini, beliau memastikan makanan yang disediakan adalah halal.

Keluarga Low buat julung kalinya menjemput besan mereka untuk sama-sama di acara ‘makan besar’.
“Anak saya membantu saya menyediakan bahan-bahan halal untuk hidangan stimbot yang disediakan untuk ‘makan besar’ ini,” katanya yang mempunyai dua besan beragama Islam.
-ZS-