Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Jualan Rahmah MADANI Bantu Persediaan Sambutan Tahun Baru Cina

By 27 Januari 2025Februari 13th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Aishah Latip (Sarawak)

LUNDU, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Program Jualan Rahmah MADANI dapat membantu rakyat terutamanya masyarakat di sekitar Lundu membuat persediaan awal menghadapi sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Berlangsung selama dua hari bermula kemarin, program tersebut merupakan kerjasama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KDN) bersama kedai tempatan, Borong King.

Malah, program tersebut dapat membantu mengurangkan kos sara hidup serta meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat.

Orang ramai yang membeli barang keperluan asas di program Jualan Rahmah Lundu kemarin.

Menyedari peluang ini, Hamidah 49 tahun dari Kampung Tusan Jaya Sematan di sini yang turut berkunjung ke program itu, berkata program itu amat baik dalam membantu golongan berpendapatan rendah dan boleh mengurangkan kos sara hidup.

“Saya harap program ini dapat dibuat dengan kerap kerana barang-barang asas seperti beras, telur dan pencuci pakaian sangat murah,” katanya ketika ditemui kemarin.

Murah, harga beras Padi Gedong 10 kg yang dijual di program Jualan Rahmah Lundu di sini kemarin.

Sementara itu, Hamidah berkata banyak penjimatan yang diperoleh daripada program ini dan sudah pasti ia dapat digunakan untuk keperluan lain dan program sebegini jelas memberi manfaat kepada rakyat.

-RJ-

Tinggalkan komen anda