
Laporan/foto : Nor Haliza Ridzuan / Muhamad Najmi Ariffin (Seberang Perai Tengah)
BUKIT MERTAJAM, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Belia sekitar Seberang Perai Tengah memanfaatkan peluang hadir ke Karnival Pentalista Santai Belia Klasik 2.0 yang berlangsung pada 4 dan 5 Januari 2025 di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam.

YB menyampaikan sijil penghargaan kepada agensi yang besama-sama menjayakan Karnival Pentalista Belia Klasik 2.0 IKTBN Bukit Mertajam
Pelbagai aktiviti menarik disediakan seperti Fun Run, Pertandingan Aerobaton, Showcase Talent dan Battle of The Band, selain pameran kerjaya, seni persembahan serta aktiviti keusahawanan yang memberi inspirasi kepada generasi muda.

Antara belia yang hadir memeriahkan karnival di IKTBN Bukit Mertajam
Daniel Gooi Zi Sen, EXCO Belia Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, berkata karnival ini bukan sahaja mencungkil bakat dan kreativiti belia malah menjadi pemangkin kepada usaha melahirkan generasi berkemahiran tinggi, dinamik dan berdaya saing untuk pembangunan negara.
Seorang pengunjung dari Permatang Pasir, Ahmad Firdaus Che Lah, 18, tidak melepaskan peluang untuk hadir bersama rakan-rakannya.
“Aktiviti seperti ini membuka mata kami tentang pelbagai peluang pendidikan dan kerjaya disamping dapat mengeratkan hubungan antara belia dan komuniti,” katanya.
-AA-