Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Karnival PWP 2025 Anjuran Pertubuhan Wagheh Penajeh Terima Sambutan Menggalakkan

By 26 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorul Arizah Md Razani (Rembau)

REMBAU, 26 Jan (MalaysiaAktif) – Karnival Pertubuhan Wagheh Penajeh (PWP) 2025 yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Tun Hj Abdul Malek, Kampung Penajeh menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk sekitar Rembau.

YB Suhaimi beramah mesra dgn peniaga yg menyertai Karnival PWP

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Suhaimi Aini, program sebegini juga dapat merapatkan ukhwah sesama penduduk setempat, JPKK, pertubuhan-pertubuhan NGO dan agensi-agensi kerajaan yang terlibat dan menjana ekonomi penduduk kampung dengan jualan-jualan yang ada serta dapat membantu penduduk kampung dengan adanya jualan murah dari Agro Madani.

“Objektif pertubuhan PWP ini sendiri adalah untuk membantu dari segi kebajikan dan dari segi apa sahaja keperluan yang boleh membantu penduduk kampung, begitulah juga dengan agensi-agensi atau pertubuhan yang ada di dalam kawasan Dun Kota ini.

Pengunjung mengambil bahan penerbitan di booth IOW Pejabat Penerangan Rembau

“Jadi untuk kali ini saya berbincang bersama dengan pengerusi untuk berkolaborasi bersama-sama supaya program-program yang kita laksanakan ini dapat dijayakan secara bersama supaya okjektifnya tercapai. Alhamdulillah segalanya tercapai,” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, pada November 2024 yang lepas dalam pembentangan belanjawan kerajaan negeri, sebanyak 569 juta diperuntukkan oleh kerajaan negeri untuk belanjawan 2025 dengan tambahan inisiatif yang pelbagai bertujuan untuk disalurkan secara terus kepada masyarakat untuk membantu menaikkan taraf hidup, khususnya penduduk di daerah Rembau ini dan secara amnya di dalam Negeri Sembilan.

Pengunjung karnival, Siti Munirah, 35, berasa teruja dan gembira dengan penganjuran karnival seperti ini kerana terdapat pelbagai jualan yang menarik dan murah terutamanya dari jualan Agro Madani dan berharap karnival seperti ini dapat dianjurkan setiap tahun.

-AA-

Tinggalkan komen anda