Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kenali NADI Dengan Lebih Dekat dan Mesra

By 14 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin/Komuniti Madani Taman Bukit Indah (Dungun)

DUNGUN, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Satu sesi Temu Murni yang melibatkan Jawatankuasa Komuniti MADANI Taman Bukit Indah ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Padang Jambu telah berlangsung, di sini kelmarin.

Zarina teruju menerima kunjungan daripada ahli jawatankuasa Komuniti MADANI TamanĀ BukitĀ Indah

Sesi tersebut diketuai oleh Ketua Komuniti Taman Bukit Indah, Sahrizan Rokit, menjelaskan bahawa tujuan utama temu murni ini adalah untuk lebih memahami peranan, aktiviti, serta kemudahan yang disediakan oleh NADI, sambil menjalin kerjasama untuk pelaksanaan program pada masa akan datang.

Temu murni dan suai kenal antara ahli jawatankuasa Komuniti MADANI Taman Bukti Indah dengan Penolong Pengurus NADI KgĀ PadangĀ Jambu

ā€œSelain itu, saya juga memastikan semua ahli jawatankuasa Komuniti MADANI Taman Bukit Indah berdaftar sebagai ahli NADI, sebagaimana yang disarankan oleh YB Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil,ā€ katanya.

Penolong Pengurus NADI Padang Jambu Zarina Tajudin, turut meluahkan rasa teruja dan berterima kasih kepada ahli jawatankuasa Komuniti MADANI Taman Bukit Indah.

Menurutnya, lawatan temu murni ini adalah satu langkah positif dalam mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama antara pihak NADI dan Komuniti MADANI Taman Bukit Indah.

ā€œPusat NADI menyediakan platform bagi masyarakat sekitar untuk mendapatkan maklumat terkini dan tepat mengenai inisiatif kerajaan yang sedang dilaksanakan,ā€ ujarnya.

Temu murni tersebut turut dihadiri oleh wakil Pegawai PeneranganĀ DaerahĀ Dungun.

-AA-

Tinggalkan komen anda