Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Kerajaan Cakna Kebajikan Rakyat secara Inklusif

By 24 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaidi Mat Jusoh

TANAH MERAH, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Rakyat Kelantan tidak pernah dipinggir dan terus mendapat manfaat walaupun berada di bawah pentadbiran berbeza.

Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Azman Abidin, berkata Kerajaan Malaysia sangat prihatin dan mengambil berat kebajikan rakyat dimana peruntukan dan sumbangan dari kerajaan pusat diberi secara adil tanpa ada diskriminasi.

Azman ketika sesi penyerahan bantuan kepada penerima.

“Antara bantuan tersebut adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Bantuan Awal Persekolahan (BAP) dan banyak lagi.

“Peruntukan ini turut di tambah baik demi kebajikan rakyat,” katanya di hadapan lebih 500 orang penerima pada Program Bantuan One Off di Dewan Terbuka Putera Valley, di sini pagi semalam.

Penaung Pertubuhan Masyarakat Madani Gual Ipoh (MMGI), Khairul Anuar Haron, 54, bersyukur dengan bantuan kerajaan kepada rakyat yang memerlukan.

“Pemberian sumbangan ini bermakna terutama golongan asnaf bagi meringankan beban, dan ternyata kebajikan rakyat dititikberatkan,” katanya di ketika ditemui.

Seorang penerima bantuan sekali beri Orang Kurang Upaya (OKU) Zainal Abidin Shaari 36, berkata pemberian ini akan digunakan untuk membeli barangan asas.

Azman dan David Cheong (tengah) ketika sesi bergambar.

“Kebiasaannya pada hari khamis, pekerja kampung macam saya akan mendapat wang sagu hati daripada majikan yang dikenali, wang belanja hujung minggu untuk membeli barangan keperluan harian,” katanya.

Program Bantuan One Off merupakan program anjuran Pertubuhan Masyarakat Madani Gual lpoh (MMGI) dan Jabatan Pembangunan Persekutuan Negeri Kelantan (ICU) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Selangor David Cheong, Pengerusi Malaysia Rubber Council (MRC) Datuk Seri Supardi Md.Noor, pemimpin-pemimpin masyarakat, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan dan para penerima bantuan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda