Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

KKBBM Santuni Pelajar Sempena Tahun Baharu Cina

By 28 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fadillah Abdul Latif (Melaka)

MELAKA, 28 Jan (MalaysiaAktif) – Kolej Komuniti Bukit Beruang, Melaka (KKBBM) mencipta keunikan baharu pada tahun ini melalui penganjuran Program Sinar Muhibbah di Tahun Baharu 2025 bertempat di KKBBM, di sini semalam.

Muhammad Sani Che Idris menyampaikan Ang Pao kepada pelajar KKBBM

Program anjuran Unit Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Program Kulinari dan Program Operasi Perhotelan merupakan julung-julung kali dianjurkan bagi meraikan para pelajar dan kakitangan kolej berbangsa Cina.

Pelajar dan warga KKBBM dihidang dengan jamuan ringan pada majlis ini

Seramai sembilan pelajar dan Pegawai Psikologi KKBBM telah diraikan bersama-sama wakil pelajar India dan Melayu.

Pengarah KKBBM Muhammad Sani Che Idris, berkata objektif utama penganjuran program ini ialah bagi merapatkan silaturahim dan ukhuwah di kalangan warga KKBBM.

“Warga KKBBM sentiasa prihatin dan mengamalkan sikap ambil tahu dengan rakan dan sahabat sekeliling serta saling mengeratkan hubungan silaturahim di antara pelbagai kaum.

“Pihak KKBBM berharap penganjuran program seumpama ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara para pelajar dan pihak kolej,” ujarnya dalam majlis tersebut.

-AA-

Tinggalkan komen anda