
Laporan/foto: Maziah Ahmad Zaini (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis perasmian Kolam Memancing Air Masin Telok Belanga telah berlangsung, kelmarin.

Ucapan perasmian
Majlis perasmian yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah sempena program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) telah mendapat sambutan yang meriah oleh penduduk tempatan dan pelancong luar.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri, Datuk Rais Yasin melawat kawasan kolam
Menurut Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri mewakili Ketua Menteri Melaka, Datuk Rais Yasin, aktiviti memancing bukan sahaja bertujuan untuk menangkap ikan tetapi juga sebagai cara untuk bersantai, menikmati alam sekitar dan berinteraksi dengan sesama pemancing.
“Kerajaan negeri berharap kolam memancing ini berpotensi maju dan dapat dimanfaatkan dengan menjadi aktiviti rekreasi oleh penduduk tempatan dan pelancong luar.
“Selain itu, ianya juga dapat meningkatkan sosio ekonomi peniaga kolam memancing,” katanya.
Turut diadakan juga pertandingan memancing yang disertai seramai 156 orang peserta.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Ahli Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi, Rosli Abdullah dan Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Alor Gajah, TPr Saifuddin Abdul Karim.
-AA-