Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Komuniti Orang Asli RPS Kemar Sambut Meriah Karnival Eksplorasi Kamarianz

By 6 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhammad Amizan Lokman/Senaying Ahud (Hulu Perak)

GERIK, 7 Jan (Malaysiaaktif) – Karnival Eksplorasi Kamarianz berlangsung meriah di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan (SK) RPS Kemar, di sini pada Sabtu.

Sesi penyampaian cenderamata oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA) RPS Kemar Kamel Alang kepada Salbiah.

Karnival ini menjadi platform dalam memperkukuh perpaduan dan memperkasakan komuniti setempat melalui aktiviti kebudayaan dan keusahawanan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Perak merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor Datuk Salbiah Mohamed, pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya jualan, senam tari, catwalk (pentas peragaan) bertemakan ‘Fantasi dan Pop Yeh-yeh’, pertandingan karaoke serta menyumpit.

“Program tahunan ini khusus buat komuniti Orang Asli RPS Kemar dan sambutannya sangat luar biasa berbanding sebelum ini.

Antara masyarakat Orang Asli yang hadir memeriahkan Karnival Eksplorasi Kamarianz.

“Terima kasih yang tidak terhingga kepada SK RPS Kemar, Tok Batin, ibu bapa dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan acara tahunan ini” ujarnya.

Salbiah juga berharap agar program ini akan terus menjadi tradisi di samping mengeratkan lagi hubungan masyarakat.

Turut berlangsung penyerahan bantuan G-Kop Pulih bagi menyokong pembangunan chalet dan tandas koperasi di kawasan tersebut.

-ZS-

Tinggalkan komen anda