Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Kuih Redam Jana Pendapatan RM5,000 Sebulan

By 7 Januari 2025Januari 17th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Rudy Jaya (Sarawak)

BINTULU, 7 Jan (MalaysiaAktif) – Kuih redam merupakan kuih tradisi yang masih digemari hingga kini. Kuih bewarna coklat ini mempunyai tekstur yang rangup di luar dan lembut di bahagian dalamĀ  serta perisa gula apong yang menyelerakan.

Proses pembuatan kuih redam oleh Puan Siti Nuraziera.

Siti Nuraziera Abdullah, 50 tahun, merupakan pengusaha kuih tradisional Sarawak iaitu kuih redam yang berjaya sejak 2011 sehingga kini dengan purata pendapatanĀ  mencecah RM5000 sebulan.

Beliau mempelajari pembuatan kuih ini daripada ibu mertua iaitu mentor yang telah memberi tunjuk ajar kepada beliau. Menurut Siti Nuraziera bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kuih redam ialah tepung gandum, tepung beras dan gula apong yang merupakan bahan utama dan sangat mudah diperolehi di pasaran tempatan.

Kuih redam laku “keras” dan permintaan tinggi.

Tambahnya, Sarawak Economic Development Corporation (SEDC), sebuah agensi kerajaan Sarawak turutĀ  memberi bantuan dalam bentuk peralatan yang memudahkan lagi pemprosesan supaya lebih cepat seiring dengan tempahan yang semakin bertambah.

ā€œSetakat ini permintaan orang ramai terhadap kuih redam memang memberangsangkan dan ini menaikkan semangat saya untuk memajukan perniagaan ini keĀ  tahap yang lebih baik,ā€ kata beliau lagi yang bercita-cita untuk mempunyai premis perniagaan sendiri pada suatu hari nanti.

Siti Nuraziera turut giat menyertai pelbagai program jualan yang ada di Bintulu khususnya seperti Pesta Orang Kampung yang sangat bersesuaian memandangkan kuih redam merupakan kuih orang lama atau tradisional.

Tambahnya, penyertaan dalam pesta jualan seperti itu banyak membantu usahawan kecil seperti beliau mengembangkan lagi perniagaan dengan lebih meluas.

Kuih redam Siti Nuraziera dijual dengan harga RM 2.00 sebungkus (5 keping ) dan sememangnya mampu dibeli oleh pelbagai golongan tanpa mengira latar belakang.

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda