
Laporan/foto: Zulkifli Othman/Nor Hapi Zaini Mat Ali (Besut)
BESUT, 27 Jan (MalaysiaAktif) – La Hot Spring yang terletak di kawasan pedalaman Hulu Besut terus menjadi destinasi popular bagi pelancong tempatan dan luar khususnya untuk aktiviti riadah kesihatan.

Pegawal Keselamatan La Hot Spring Wan Yamin Wan Ahmad
Keindahan alam semula jadi yang memukau bersama air panas semulajadi yang jernih menjadi daya tarikan utama, dipercayai mampu menyembuhkan pelbagai penyakit serta memberikan kesegaran tubuh badan kepada pengunjung.

Kehadiran ramai pengunjung memberi limpahan rezeki kepada peniaga di sini
Menurut Pengawal Keselamatan La Hot Spring Wan Yamin Wan Ahmad, 63, kawasan ini sentiasa dikunjungi ramai termasuk pelancong asing.
“Selain itu, tempat ini juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti rumah rehat, surau, dewan dan gerai jualan, menjadikannya lokasi yang sesuai untuk pelbagai aktiviti keluarga,” katanya ketika ditemu bual Malaysiaaktif, di sini, semalam.
Pengunjung Rosmawati Abd Wahab, 39, mengakui bahawa La Hot Spring adalah destinasi pilihan keluarganya untuk beriadah pada hujung minggu.
“Tempat ini sangat sesuai untuk kanak-kanak kerana sungainya yang cetek dan jernih, menjamin keselamatan mereka,” katanya.
Bagi pengusaha gerai Rosliza Abd Ghani, 49, kehadiran pelancong terutama pada hujung minggu telah meningkatkan pendapatan keluarga mereka.
“Promosi dan penambahbaikan yang dilakukan pihak berkenaan memberi kesan positif kepada ekonomi penduduk setempat,” ujarnya.
-AA-