Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

‘Macam Gigit Semut Ja’

By 27 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Sobri Manan (Langkawi)

LANGKAWI, 27 Jan (Malaysiaaktif) – ‘Macam Gigit Semut Ja’. Itu ungkapan pertama yang diluahkan oleh adik Muhammad Hazwan, 8, usai berkhatan bersama 61 orang kanak-kanak berusia seawal 5 tahun sehingga 12 tahun.

Stein Vam Lutham melepaskan air sebagai simbolik upacara berkhatan bermula

Majlis Khatan Perdana ini adalah anjuran JPJ Langkawi bersama KOMUNITI Langkawi bertempat di perkarangan Masjid Nur Al Hidayah, Kelibang Langkawi, kelmarin.

Program yang bermula seawal jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari itu melibatkan kanak-kanak yang berusia seawal usia 5 tahun sehingga 12 tahun itu dimeriahkan dengan kehadiran 200 orang peserta termasuk waris.

Antara anak-anak yang mengikuti program Khatan Perdana

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah, Stein Van Lutham.

Mengulas mengenai objektif penganjuran majlis tersebut, Stein berkata bahawa majlis yang julung kali diadakan itu bertujuan memupuk minat serta mendekatkan lagi kanak-kanak dengan institusi masjid.

Majlis turut dimeriahkan dengan pancuran air dari Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia Cawangan Langkawi, pamerah produk keluaran ADABI, pemeriksaan kesihatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Antara tetamu kenamaan yang hadir adalah Tuan Mohamad Subhi Abdullah Pegawai Daerah Langkawi, Shahrul Azhar Mat Dali Timbalan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Kedah, Iskandar Zulkarnain Mohd Ali Ketua Cawangan JPJ Langkawi, Ustaz Muhammad Mustafa Wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah, Datuk Ja’far Abdul Ghani Pengurus Besar ADABI Wilayah Utara dan Ismail Haji Md Nor selaku Imam/Pengerusi Masjid Nur Al-Hidayah Kelibang.

-AA-

Tinggalkan komen anda