
Laporan/foto: Maznah Ngah/Ahmad Syafri Husnaini
MARANG, 17 Jan (Malaysiaaktif) – Malam Seribu Kenangan Asrama Darul Falah bertemakan pakaian tradisional Melayu klasik berlangsung dengan meriah dan mencipta kenangan manis bagi para pelajar yang bakal melangkah ke fasa baru dalam kehidupan mereka.

Ucapan Pengerusi Asrama Darul Falah.
Majlis yang diadakan di Dewan Perkasa Asrama Darul Falah, Bukit Payong, di sini kelmarin bertujuan meraikan anak-anak yatim yang menghuni asrama serta pelajar-pelajar yang sedang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selain memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar SPM yang bakal meninggalkan asrama setelah tamat peperiksaan dan alam persekolahan mereka.
Pengerusi Asrama Darul Falah Yusof Musa dalam ucapannya, berkata seramai 113 orang pelajar termasuk mereka yang mengambil peperiksaan SPM diraikan.
“Kami berharap semoga penghuni asrama anak-anak yatim yang bakal mengakhiri zaman persekolahan mereka akan menjadi insan berguna, dipandang tinggi dalam masyarakat serta cemerlang dalam SPM.

Majlis sambutan bertemakan pakaian tradisional Melayu klasik.
“Semoga segala cita-cita dan hajat mereka tercapai,” katanya.
Yusof juga mengingatkan para pelajar agar sentiasa menjaga nama baik Asrama Darul Falah dan membuktikan bahawa anak yatim juga mampu berjaya dalam kehidupan.
Pelajar-pelajar juga memenangi hadiah cabutan bertuah yang disumbangkan oleh individu serta pihak pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
-ZS-