Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Manfaat Waktu Terluang di NADI

By 29 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin/Hasbella Hasim (Kuala Kangsar)

KUALA KANGSAR, 29 Jan (MalaysiaAktif) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) terus memberi manfaat kepada komuniti setempat dalam usaha mendapatkan perkhidmatan jaringan internet yang pantas selain mengisi waktu terluang dengan pelbagai aktiviti yang disediakan.

Ahamed Fasharudeen (kanan) ketika di temu bual Malaysia Aktif

Pengurus NADI Bukit Chandan Kuala Kangsar Ahamed Fasharudeen Mohamed Farook, berkata NADI antaranya menyediakan fasiliti kepada pelajar sekolah di bawah usia 18 tahun untuk menggunakan komputer atau internet selama sejam setiap hari secara percuma.

“Istimewanya, NADI ini terletak di tingkat atas Perpustakaan Awam Cawangan Utama Kuala Kangsar.

Shakilaparvin mengikuti kelas secara atas talian di NADI

“Dalam tempoh cuti sekolah ini, kami menggalakkan ibu bapa membawa anak-anak ke perpustakaan awam untuk membaca buku seterusnya menggunakan komputer di NADI bagi merekod bacaan menerusi Advance Integrated NILAM System (AINS),” katanya ketika ditemubual, kelmarin.

Tambah Ahamed Fasharudeen, NADI ini menggunakan platform Facebook untuk menguar-uarkan program yang dilaksanakan di NADI serta mengalu-alukan komuniti bagi mendaftar sebagai ahli dan seterusnya menerima lebih banyak manfaat.

Sementara itu, pelajar Anna Altafunnisa Safa Muhammad Sazali, 10, berkata dia yang sudah beberapa kali datang ke NADI itu berasa gembira kerana dapat melakukan pelbagai aktiviti seperti menjawab kuiz interaktif dengan menggunakan komputer yang disediakan.

“Kali ini datang ke NADI kerana ingin bertemu rakan dari sekolah lain. Selain merapatkan silaturahim, kami juga dapat melakukan aktiviti bermanfaat bersama-sama,” katanya.

Bagi peniaga, Shakilaparvin Mohamed, 48, berkata dia mengambil peluang mengisi masa terluang untuk menghadiri kursus berkaitan agrikultur yang dijalankan secara atas talian di NADI.

“Penggunaan komputer berinternet memudahkan saya untuk mengikuti kursus ini dan saya amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda