Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

NADI Perkasa Maklumat ke Akar Umbi

By 24 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz/Nazrin Fadar Rahman (Muallim)

BEHRANG, 24 Jan (MalaysiaAktif) – Lawatan Komuniti MADANI Behrang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Sungai Behrang, di sini semalam memberi pendedahan kepada warga komuniti setempat mengenai fungsi dan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Peserta berpeluang mendaftar portal Jaringan Komuniti MADANI.

NADI Felda Sungai Behrang merupakan antara empat NADI yang dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di Daerah Muallim.

Menurut salah seorang peserta, Roslan Dahaman, 65, lawatan ke NADI ini dapat membuka mata masyarakat mengenai inisiatif yang disediakan oleh kerajaan dalam menaiktaraf kehidupan penduduk setempat.

Perkhidmatan mengambil gambar passport antara yang disediakan di NADI.

“Melalui lawatan ini para peserta diberikan taklimat berkaitan modul Perkhidmatan Pintar NADI iaitu keusahawanan, pembelajaran sepanjang hayat, kesejahteraan kendiri, kesedaran serta inisiatif kerajaan,” katanya.

Dalam pada itu, NADI juga membangunkan portal Jaringan Komuniti MADANI di mana ahli komuniti boleh mendaftar untuk memperoleh maklumat terkini mengenai aktiviti yang dijalankan di NADI.

-ZS-

Tinggalkan komen anda