Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

NADI Teruja Terima Kunjungan Komuniti MADANI

By 15 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Azimee Abdullah

BALIK PULAU, 15 Jan (Malaysiaaktif) – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pulau Betong berasa teruja dengan kunjungan istimewa daripada dua buah Komuniti MADANI iaitu Komuniti MADANI Pekan Balik Pulau dan Komuniti MADANI Simpang Empat, semalam.

Pengurus NADI Pulau Betong, Noraziera Alis Shafudin menyampaikan taklimat ringkas kepada Komuniti MADANI yang berkunjung ke NADI Pulau Betong

Kunjungan tersebut mencerminkan usaha bersama dalam memperkukuh hubungan antara komuniti serta memperluaskan akses kepada maklumat berkaitan pembangunan negara dan inisiatif NADI.

Pengerusi Komuniti MADANI Pekan Balik Pulau, Ooi Seng Laai (kiri) dan Ahli Jawatankuasa turut mendengar taklimat ringkas ketika berkunjung ke NADI Pulau Betong

Pengurus NADI Pulau Betong, Noraziera Alis Shafudin, berkata ini merupakan kali pertama pihaknya menerima kunjungan Komuniti MADANI dan berasa teruja dengan kehadiran yang dianggarkan hampir 20 orang.

“Terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Barat Daya kerana mengatur kunjungan ini dan saya berharap masyarakat setempat akan memanfaatkan perkhidmatan NADI ini sebaiknya,” katanya.

Pengerusi Komuniti MADANI Pekan Balik Pulau, Ooi Seng Laai, berkata pihaknya mengucapkan terima kasih kerana memberi peluang untuk berkunjung ke NADI Pulau Betong.

“Pelbagai pendedahan kami perolehi hasil kunjungan ke NADI ini antaranya seperti mengetahui dengan lebih mendalam terhadap peranan dan fungsi NADI sebagai pusat utama penyebaran maklumat nasional,” ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Komuniti MADANI Simpang Empat, Idzham Ahmad, berkata kerjasama ini diharapkan dapat memperkuatkan sinergi antara NADI dan komuniti setempat dalam menyokong matlamat Malaysia MADANI.

“Saya selaku wakil komuniti berharap, kunjungan ini dapat menjadi platform untuk menjalinkan hubungan yang lebih erat antara perkhidmatan kerajaan dan rakyat dalam membentuk masa depan yang lebih cemerlang,” katanya.

-AA-

Tinggalkan komen anda