Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Payung Pantai Beri Imej Baru Pantai Telok Kemang

By 11 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noorshazana Shaadan/MPPD

PORT DICKSON, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa prihatin terhadap isu viral yang melibatkan sensitiviti masyarakat.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan Arul Kumar Jambunathan, berkata isu khemah biru hangat diperdebat oleh warganet di media sosial sejak tahun 2020.

Antara 33 pengusaha yang menerima lesen.

“Pihak kerajaan negeri berharap Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) dapat merungkaikan isu ini dan mencari kaedah terbaik secara menang-menang untuk kepuasan hati semua merangkumi pengunjung, peniaga dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Penyerahan dan pelaksanaan payung pantai yang dilakukan ini hanya di kawasan sepanjang Pantai 3, Telok Kemang,” katanya ketika Majlis Penyerahan Payung Pantai di Pantai Telok Kemang, di sini semalam.

Sementara itu, Yang Dipertua MPPD Hasnor Hamid, berkata pihaknya memberikan sumbangan sekali beri sebanyak 270 unit payung pantai, 540 unit kerusi dan 270 meja kepada 33 pengusaha.

Arul turut payung yang akan memberikan imej baharu kepada Pantai Telok Kemang.

Tambahnya, MPPD berharap usaha ini akan memberikan imej baharu kepada Pantai Telok Kemang dengan mewujudkan perniagaan payung pantai yang lebih teratur, terkawal dan berlesen.

-ZS-

Tinggalkan komen anda