Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Pencarian Muazzin Muda Tarik Minat 70 Peserta

By 28 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Faizal Azrin (Pahang)

KUANTAN, 28 Jan (Malaysiaaktif) – Pencarian Muazzin Muda melalui program Pertandingan Azan Mencari Muazzin Muda Peringkat Parlimen Paya Besar berjaya menarik minat seramai 70 peserta menyertai pertandingan ini.

Salah seorang peserta mengalunkan azan

Pengerusi Majlis Tindakan Sosial Pahang Parlimen Paya Besar Muhammad Mustaqim Zakaria, berkata pertandingan yang julung kali diadakan ini tidak lain tidak bukan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu di kalangan anak-anak muda.

Mustaqim (kemeja kuning) bersama barisan peserta Muazzin Muda

“Penyertaan yang diterima amat menggalakkan dan saya percaya penganjuran pertandingan ini juga merupakan satu usaha murni yang wajar diteruskan dari masa ke semasa,” ujarnya.

Tambah beliau, program ini juga merupakan salah satu usaha untuk mendekatkan anak-anak dengan rumah Allah dan mengalakkan mereka untuk mendirikan solat berjemaah di masjid.

Pertandingan yang terbahagi kepada dua kategori iaitu 7-12 tahun dan 13-20 tahun turut mendapat kerjasama daripada Majlis Belia Daerah Kuantan dan Masjid Kampung Pandan 1.

-AA-

Tinggalkan komen anda