Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Penjawat Awam Kluang Lafaz Ikrar Akta Rahsia Rasmi Mulakan Tahun 2025

By 14 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zuriatina Tamat

KLUANG, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Seramai hampir 300 penjawat awam peringkat Negeri dan Persekutuan melafazkan Ikrar Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) dalam Majlis Perjumpaan Pegawai Daerah Bersama Penjawat Awam Daerah Kluang Tahun 2025 yang telah berlangsung di Dewan Tunku Ibrahim Ismail pagi tadi.

Ucapan Pegawai Daerah Kluang

Pegawai Daerah Kluang, Azurawati Wahid, dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada semua jabatan dan agensi atas komitmen yang tinggi dalam membantu pentadbiran daerah di bawah kepimpinannya sejak beberapa bulan lalu.

Pegawai Daerah Kluang bersama 6 ketua jabatan tertinggi Kluang menanda tangani Akujanji Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88)

“Saya berterima kasih kepada semua jabatan dan agensi yang sentiasa memberikan komitmen untuk pembangunan Daerah Kluang dan berharap kerjasama ini akan berterusan,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa Daerah Kluang menghadapi cabaran awal tahun 2025 dengan kejadian banjir di beberapa kawasan, yang mengakibatkan lima buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka namun dua PPS dijangka ditutup hari ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik dan beliau menyeru agar warga Kluang terus mendoakan kesejahteraan daerah tersebut.

Sebagai sebahagian daripada majlis tersebut, penjawat awam turut diberikan taklimat berkaitan integriti dan kesalahan-kesalahan utama rasuah oleh wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kluang.

Selain itu, sesi taklimat khas tentang jenayah penipuan atau scammer disampaikan oleh pempengaruh terkenal dan penganalisis jenayah, Kamal Affandi Hashim.

Majlis ini bukan sahaja menjadi platform untuk meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab dan integriti penjawat awam tetapi juga untuk menyemai semangat perpaduan dalam menyokong pembangunan daerah.

-AA-

Tinggalkan komen anda