Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Perkhidmatan KIOS My Digital ID Dibuka di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Nerus

By 5 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nor Emylia Lot (Kuala Nerus)

KUALA NERUS, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Orang ramai kini boleh mendapatkan perkhidmatan pendaftaran MyDigital ID setelah kios berkenaan dibuka di Pejabat Penerangan Daerah Kuala Nerus, bermula awal tahun ini.

Mimi Suryanti berkata orang ramai hanya perlu membawa kad pengenalan dan telefon bimbit ketika hadir di kios bagi mendaftar MyDigital ID

Pegawai Pendaftar MyDigital ID Wilayah Timur, Mimi Suryanti Hassan, berkata MyDigital ID atau Identiti Digital Nasional (IDN) adalah sistem pengenalan dan pengesahan identiti secara digital yang dirangka oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC).

Lebih satu juta pengguna telah mendaftar MyDigital ID dalam tempoh kurang setahun pelaksanaannya

“Transformasi digital ini bertujuan memastikan cara yang lebih mudah dan selamat untuk mengakses perkhidmatan kerajaan serta sektor swasta secara dalam talian,” katanya ketika ditemu bual di sini, hari ini.

“Sistem ini bertujuan menyediakan satu sumber tunggal untuk pengesahan identiti, membolehkan rakyat berinteraksi dengan penyedia perkhidmatan dalam talian di sektor awam dan swasta dengan lebih mudah dan selamat,” ujarnya.

Ketua Komuniti Madani Telaga Daing, Wan Khairani Wan Husin, 47, pula menyatakan bahawa pembukaan kios pendaftaran MyDigital ID di Pejabat Penerangan Daerah memberi kemudahan kepada warga komuniti setempat untuk mendaftar.

“Warga setempat khususnya golongan yang berusia, tidak perlu lagi ke bandar Kuala Terengganu untuk mendaftar MyDigital ID, tetapi boleh terus ke pejabat ini. Ia amat memudahkan kami, dan kami bersyukur dengan pembukaan kios ini di sini,” katanya.

Menurutnya lagi, kejayaan ini menandakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia untuk menjadi negara yang dipacu secara digital serta mencerminkan kesedaran dan semangat rakyat Malaysia dalam mengadaptasi teknologi digital.

-AA-

Tinggalkan komen anda