Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Persatuan Tomoi Negeri Perak Raikan Atlet dan Rakan-rakan Sinergi

By 2 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (LMS)

TAIPING, 2 Jan (Malaysiaaktif) – Majlis Makan Malam dan Penyampaian Anugerah Penghargaan Persatuan Tomoi Negeri Perak di Taman Tasik Kamunting, di sini kelmarin diadakan bagi meraikan para atlet Tomoi yang telah bekerja keras dalam memastikan nama Malaysia khususnya Negeri Perak sentiasa berada di atas dalam setiap perlawanan.

Menurut Presiden Persatuan Tomoi Negeri Perak Mohd Ezry A’zamin, majlis ini turut diadakan bagi menghargai rakan-rakan sinergi yang banyak memberi sokongan sepanjang tahun lalu.

Mohd Ezry ketika berucap.

“Penghargaan ini dibuat demi menyuntik semangat meneruskan perjuangan dalam sukan mempertahankan diri ini.

“Walaupun pelbagai jenis sukan telah diperkenalkan kepada anak muda khususnya di negeri ini, sukan Tomoi masih ada peminat dan pengikut dalam beberapa siri perlawanan yang diadakan terutama di Daerah Larut Matang dan Selama (LMS),” katanya.

Tambah beliau, ramai anak murid yang berminat dalam sukan ini dan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk melepasi kelayakan dalam perlawanan di peringkat antarabangsa.

“Antara yang berjaya menempa nama adalah Iskandar Hazriq Mohd Ezry yang telah menyertai Kejohanan Muaythai Remaja Dunia (IFMA) 2024 di Bangkok, Thailand,” katanya.

Ong Hui Xei mewakili Ahli Parlimen Taiping Wong Kah Woh hadir merasmikan majlis.

Antara peninju yang menerima Anugerah Khas (Anugerah Ikon Sukan Anak Tempatan) dalam majlis ini adalah Iskandar Zulqarnain Mohd Ezry yang merupakan atlet negara dalam Sukan Sea 2023 di Cambodia.

Beliau yang juga merupakan anggota Pembantu Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perlis hadir bersama Pegawai Penguatkuasa KPDN Perlis (Ketua Unit Bekalan) Mohd Tarmizi Mohamad dan Pemenang Pingat Perak SUKMA 2024 di Sarawak Nur Alia Farhana Nazri.

Hadir merasmikan majlis Pegawai Khas Ahli Parlimen Taiping Ong Hui Xei.

-ZS-

Tinggalkan komen anda