Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

PKOB Diaktifkan, 166 Penduduk Dipindahkan ke PPS

By 14 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Suhaizad Abd Samad/Mohd Faisal Ishak (Rompin)

ROMPIN, 14 Jan (Malaysiaaktif) – Berikutan fenomena air pasang yang melanda di daerah ini, Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Daerah Rompin diaktifkan dan seramai 166 penduduk yang terjejas dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kg. Jawa.

ADUN Tioman, Dato’ Seri Hj. Mohd Johari Hussain melawat mangsa banjir

Pegawai Daerah Rompin Muhammad Hatta Kasim, berkata PKOB akan memantau situasi semasa dan memastikan bantuan disalurkan kepada penduduk terlibat.

Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah Rompin turut berada di PPS Balairaya Kg. Jawa

“Kami sedang menilai kerosakan di kawasan terjejas dan akan mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan keselamatan penduduk,” katanya kepada Malaysia Aktif ketika ditemui semalam.

Tambah beliau, pasukan sukarelawan dan agensi keselamatan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat telah dikerahkan untuk membantu operasi pemindahan serta menyediakan keperluan asas kepada penduduk.

PKOB akan terus beroperasi sehingga keadaan kembali pulih. Penduduk diminta untuk melaporkan sebarang kejadian banjir atau kerosakan kepada talian kecemasan yang disediakan.

-AA-

Tinggalkan komen anda