Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Komuniti Madani X Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI Disambut Baik

By 29 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman/Jackson Abell (Sarawak)

BAU, 28 Jan (MalaysiaAktif) – Komuniti Madani Kampung Daun Singai menyambut baik program baharu Jabatan Penerangan (JAPEN) iaitu Program Komuniti Madani X Pusat Sebaran Maklumat Nasional NADI yang bakal diadakan di NADI Tanjung Bowang pada 8 Februari nanti melibatkan ahli-ahlinya.

Sumardi menandatangani buku Pelawat NADI Tanjung Bowang

Ketua Komuniti Madani Kampung Daun Singai, Roystein Giles menyifatkan aktiviti kolaborasi antara Komuniti Madani, JAPEN dan NADI itu berupaya menjadi platform ahli-ahlinya mengenali NADI dengan lebih dekat.

“Program ini cukup baik untuk mendedahkan ahli-ahli kami dengan maklumat Kenali NADI dan Perkhidmatan Pintar NADI yang pastinya nanti memberi banyak manfaat.

” Terima kasih atas kerjasama yang baik dari NADI Tanjung Bowang dan JAPEN Bau dalam menjayakan program ini bersama kami” ujarnya.

Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Bau, Sumardi Sugiman menjelaskan selain bacaan ikrar Rukun Negara dan pendaftaran ahli NADI, pelbagai aktiviti menarik telah diatur merangkumi sembang santai, ceramah, edaran bahan penerbitan, hebahan isu-isu semasa, saringan kesihatan dan pendaftaran Mydigital ID.

Sumardi (kiri) dan Roystein (kanan) memegang plak Kaunter Pendaftaran Nadi.

Terdahulu perbincangan persiapan program telah diadakan di NADI tersebut pagi ini bersama Pengurusnya, Kartina Bujang yang telah menyambut ketibaan rombongan JAPEN Bau bersama Komuniti Madani Kampung Daun Singai.

-RJ-

Tinggalkan komen anda