Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Program Muhibbah MADANI Usaha Bersepadu Kukuhkan Kebajikan Rakyat

By 12 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Safwanah binti Zulkopli

BUKIT MERTAJAM, 12 Jan (Malaysiaaktif) – Program Muhibbah MADANI yang berlangsung di Bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), semalam menarik kehadiran ribuan rakyat pelbagai kaum untuk mendengar amanat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Utama Anwar Ibrahim bersama-sama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dan barisan tetamu kehormat yang lain

Acara ini dianjurkan oleh Koperasi Khazanah Usahawan Berhad (Ko-Khawan) dengan sokongan Yayasan Muhibah Malaysia, Yayasan Global Mesra dan Bank Rakyat menggambarkan usaha bersama untuk memperkukuh kebajikan rakyat.

Ribuan rakyat membanjiri Program Muhibbah Madani di Bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP)

Sebagai tanda keprihatinan, Perdana Menteri turut menyampaikan bantuan persekolahan kepada 2,000 pelajar terpilih selain barangan keperluan dapur kepada 6,500 keluarga daripada golongan B40.

Bagi seorang penerima bantuan, Meena Sundaram, 47, dari Permatang Rawa, bantuan tersebut membawa kelegaan buatnya.

“Terima kasih Kerajaan MADANI yang prihatin kepada keperluan rakyat, bantuan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban harian keluarga saya,” katanya.

Majlis turut dihadiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri Satu, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa, Jason H’ng Mooi Lye, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, serta Datuk Bandar MBSP, Datuk Baderul Amin Abdul Hamid.

Program Muhibbah MADANI menunjukkan bahawa usaha kolektif antara kerajaan, badan koperasi dan komuniti mampu menyatukan rakyat dalam semangat harmoni dan kebajikan.

-AA-

Tinggalkan komen anda