Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Program Pencahayaan Bandar Bau Meriah

By 28 Januari 2025Februari 13th, 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto: Sumardi Sugiman/Denis Etem (Sarawak)

KUCHING (BAU), 28 Jan (MalaysiaAktif) – Langit bandar Bau malam tadi bermandikan cahaya warna warni dan menjadi tumpuan masyarakat setempat daripada berbilang kaum dan semua peringkat umur di daerah ini yang hadir bersama keluarga dan rakan-rakan mereka bagi menyaksikan kemeriahan Program Pencahayaan bandar tersebut yang julung kali diadakan sempena Tahun Baru Cina 2025.

Voon Boo Shin (kiri) dan Chong Chun Min merakamkan ucapan Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua yang merayakannya perayaan itu tidak lama lagi.

Menariknya program anjuran Pejabat Daerah Bau, Majlis Daerah Bau dan JKKK Pekan Bau itu memaparkan kelainan tahun ini apabila berjaya menjadikan bandar ini berwajah baru dengan dekorasi Tahun Baru Cina 2025 dan Gerbang Pintu Bau menjadi daya tarikan kepada seluruh warga di sini.

Program tersebut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pengangkutan (Sungai dan Laut) Sarawak, Dato Henry Harry Jinep yang hadir memeriahkan program dan merasmikan pintu gerbang tersebut sekali gus menyantuni komuniti Tionghua yang merayakan perayaan itu.

Henry Walkabout Tahun Baru Cina 2025 di bandar Bau malam tadi sekali gus beliau menyantuni Komuniti Tionghua yang meraikan perayaan itu tidak lama lagi.

Menurut Kapitan kawasan Pekan Bau dan sekitarnya, Chong Chun Min, 48 tahun menyifatkan acara ini menjadi platform perpaduan masyarakat di sini dan beliau menyatakan rasa gembira dan berterima kasih beliau kepada semua pihak yang menjayakan program ini ketika ditemui di lokasi program malam tadi.

“Program seperti ini penting untuk merapatkan hubungan pemimpin dengan komuniti setempat terutamanya pada musim perayaan sekali gus,” kata Voon Boo Shin, 55 tahun yang juga seorang Penghulu di pasar Bau dan sekitarnya.

 

-RJ-

Tinggalkan komen anda