
Laporan/foto: M Zakry Chan/Aidah Mat Seh
MELAKA, 24 Jan (Malaysiaaktif) – Dalam mempergiatkan kesedaran penjagaan kesihatan wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah menjalankan Kempen Kesedaran Kanser Reproduktif Wanita (WCaRE).

Para peserta yang hadir dalam program tersebut.
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Negeri Melaka Leng Chau Yen, berkata kempen ini bertujuan untuk mempromosikan dan meningkatkan kesedaran wanita terhadap kepentingan melakukan saringan awal bagi mengesan kanser serviks dan payudara.
“Selain itu, ia juga bagi memenuhi hasrat kerajaan sebagai sokongan kepada usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mencapai sasaran matlamat global iaitu sifar insiden kanser serviks menjelang tahun 2070,” ujarnya ketika merasmikan Sambutan Bulan Kesedaran Kanser Serviks Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025, bertempat di Dewan Taming Sari, Pusat Keluarga LPPKN Melaka, di sini semalam.

Kaunter pameran kesihatan dibuka bagi orang ramai mendapat maklumat berkaitan kanser.
-ZS-