
Laporan/foto: Zayana Isa/Ahmad Firdaus Zaki (Pahang)
KUANTAN, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Rakyat di negeri ini menyambut baik inisiatif Jualan Makmur yang dilancarkan oleh kerajaan negeri sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2025.

Antara penduduk yang berkesempatan ke Jualan Makmur yang diadakan di Bentong.
Fansurina Abdullah, 41, berkata penganjuran Jualan Makmur ini memberi peluang kepadanya untuk berbelanja secara berhemah.
“Harga barangan yang ditawarkan lebih murah dan saya mengambil kesempatan di jualan ini untuk membeli barangan keperluan harian dengan harga berpatutan,” katanya.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri Ketari Thomas Su, berkata Jualan Makmur yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Pahang ini amat bertepatan dengan perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal tiba tidak lama lagi.

Jualan Makmur mendapat respon positif daripada penduduk negeri Pahang.
“Saya menyambut baik inisiatif oleh kerajaan negeri dan saya sarankan kepada semua untuk mengambil peluang untuk mendapatkan barangan keperluan semasa Jualan Makmur ini dengan harga yang murah dan berpatutan,” katanya ketika ditemui Malaysia Aktif, di sini semalam.
Jualan Makmur sempena Tahun Baharu Cina Peringkat Negeri Pahang Darul Makmur 2025 ini dijadualkan bermula dari 20 hingga 26 Januari ini di pasar raya terpilih.
-ZS-