
Laporan/foto: Md Sazali Ab Hamid/Nik Muhammad Faiz (Pengkalan Hulu)
PENGKALAN HULU, 23 Jan (MalaysiaAktif) – Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Padang Tamat menerima peruntukan sebanyak RM100,000 melalui program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) bagi mengusahakan perniagaan keropok lekor dan dodol.

Proses penyediaan keropok lekor
Norsarah Amriri, 62, meluahkan rasa syukur kerana terpilih sebagai salah seorang peserta program ini.

Mesin pengacau dodol yang diterima melalui program ini
“Kami berpeluang menceburkan diri dalam bidang keusahawanan untuk memperbaiki taraf ekonomi peserta.
“Hari ini merupakan permulaan pengeluaran produk kami dengan tujuan promosi dan percubaan rasa. Perancangan sebenar adalah untuk pengeluaran berskala besar menggunakan mesin yang diperolehi melalui program SejaTi MADANI,” katanya ketika ditemui di Dewan Orang Ramai Simpang Pulai, di sini kelmarin.
Seorang lagi peserta Azizah Suman, 58, berharap program ini menjadi permulaan bagi para usahawan di komuniti luar bandar untuk menjana ekonomi mereka.
“Program SejaTi MADANI adalah satu peluang yang diwujudkan oleh kerajaan untuk manfaat komuniti dengan suntikan modal yang bukan berbentuk pinjaman,” ujarnya.
-AA-