
Laporan/foto: Nur Syahida Che Rus/Nurhidayah Mohamad Zaher (Yan)

Kehangatan orang ramai menunggu keputusan pertandingan memancing
YAN, 5 Jan (Malaysiaaktif) – Pertandingan Memancing Amal sempena Hari Keusahawanan SK Dulang bagi sesi 2024/2025 telah diadakan di Kawasan Perairan Kampung Kuala Dulang Kechil kelmarin mendapat sambutan yang meriah dari penduduk setempat termasuk dari luar Daerah Yan.
Program anjuran bersama PIBG/PIBKS Sekolah Kebangsaan Dulang, KRT Dulang Mesra Indah dan KRT Kuala Dulang Kechil ini bertujuan mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan kerjasama antara agensi kerajaan dan masyarakat setempat.

Orang ramai turut menyertai pertandingan memancing amal yang diadakan
Johan Pertandingan kali ini membawa pulang Pakej Penginapan 2 Hari 1 Malam di Zar Permai Motel & Homestay Yan, Kedah.
Menurut Siti Khalijah Ishak, 58, Johan Pertandingan Memancing Amal, meluahkan rasa bersyukur kerana tidak pernah memenangi mana-mana pertandingan memancing yang disertai sebelum ini dan ini merupakan rezeki yang tidak disangka-disangka serta memberi peluang untuk keluarganya bercuti di Zar Permai Motel & Homestay yang dilengkapi dengan kolam renang peribadi.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Yan, Haji Munawir Azizan dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Turut hadir Pegawai Perpaduan Daerah Yan Norharison Romli dan Pegawai Penerangan Daerah Yan Nurhidayah Mohamad Zaher.
-AA-