Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Sambutan Tahun Baharu Cina Meriah, Warga Emas DUN Kota Lama Dir

By 30 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zamzuri Salleh

KOTA BHARU, 30 Jan (MalaysiaAktif) – Bersempena perayaan Tahun Baharu Cina, satu majlis Sambutan Tahun Baru Cina bersama warga emas masyarakat Tionghua, DUN Kota Lama telah diadakan di perkarangan Dewan Perniagaan Cina Kota Bharu. semalam.

Sebahagian warga emas yang hadir.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama Dr. Hafidzah Mustakim, program tahunan ini menghimpunkan seramai 500 warga emas dari seluruh DUN Kota Lama, menunjukkan peningkatan jumlah peserta berbanding tahun sebelumnya.

“Program ini memberi peluang kepada warga emas untuk berkumpul, berinteraksi, serta mengeratkan hubungan silaturahim antara satu sama lain.

“Selain itu, mereka turut menerima sumbangan, walaupun tidak seberapa, sekurang-kurangnya dapat membantu serta menzahirkan kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya.

Bagi salah seorang penerima, Chaw Fau Chung, 71, program sebegini amat bermakna kerana memberi kegembiraan kepada mereka yang tinggal sendirian.

”Walaupun saya hidup sebatang kara, program ini mengubat kerinduan dan kesedihan yang dirasai setiap kali tiba Tahun Baharu.

“Lebih istimewa, keprihatinan pemimpin yang menyantuni kami menjadikan sambutan ini lebih bermakna,” katanya.

Sementara itu, Chu Kim Shai, 60, menyifatkan majlis ini sebagai peluang untuk bertemu rakan-rakan sebaya serta mendekati pemimpin yang sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat.

Tetamu khas yang turut sama hadir.

“Program seperti ini membolehkan kami berjumpa dengan rakan lama dan berinteraksi dengan pemimpin yang sentiasa membantu rakyat, khususnya melalui pusat khidmat DUN Kota Lama yang sentiasa terbuka untuk mereka yang memerlukan,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara Datuk Wan Rahim Wan Abdullah, Pengerusi Pertubuhan Tionghua Kelantan Datuk Ooi Poh Chon, ketua-ketua jabatan, pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) DUN Kota Lama, serta pemimpin pertubuhan bukan kerajaan setempat.

Majlis ini bukan sahaja menceriakan warga emas, malah mencerminkan semangat kebersamaan serta kepedulian terhadap golongan yang lebih berusia dalam masyarakat.

-ZS-

Tinggalkan komen anda