
Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar (Kedah)
ALOR SETAR, 27 Jan (MalaysiaAktif) – Hospital di seluruh Kedah sedang mengalami kekurangan bekalan darah terutamanya apabila tiba musim cuti persekolahan dan menjelang perayaan Tahun Baru Cina.

Para penderma sedang menderma darah
Menurut Pegawai Perubatan Jabatan Perubatan Tranfusi, Hospital Sultanah Bahiyah Dr Abdullah Tahir, 37, kehadiran semua warga Alor Setar amat dialu-alukan untuk bersama-sama menderma darah di lokasi-lokasi sekitar Alor Setar, terutamanya di Aman Central yang sedang berlangsung dari 25 Januari hingga 28 Januari.
“Kami sangat mengalu-alukan kehadiran warga Alor Setar untuk menderma kerana stok bekalan darah sangat kritikal ketika ini,” ujarnya.
Salah seorang penderma darah yang ditemui, Norhayati Abdul Aziz, 40, berkata beliau sudah menderma darah sebanyak dua kali.
“Saya sedar betapa pentingnya menderma darah kerana setitis darah dapat menyelamatkan ribuan nyawa,” katanya.
-AA-