Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

SJAM Elak Pencemaran dan Gangguan Bekalan Air

By 28 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Memi Yusoff (Selangor)

SHAH ALAM, 28 Jan (MalaysiaAktif) – Projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) yang kini telah siap sepenuhnya, dilihat berkesan dalam mengatasi pencemaran dan gangguan bekalan air di Selangor.

Amirudin bersama EXCO Kerajaan Negeri Selangor

Menurut Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, melalui projek ini kes pencemaran air telah berkurang tahun lalu kepada 20 kes dengan lima daripadanya melibatkan henti tugas.

Antara penjawat awam Negeri Selangor yang hadir

“Kes gangguan bekalan air berlaku hingga tahun 2020, kes masih berulang-ulang, bersambung-sambung, jadi kita laksanakan SJAM dan sekarang hampir sempurna dan saya yakin dapat tangani isu pencemaran.

“Tahun lepas lebih 20 insiden dan masalah henti tugas antara empat lima kes, kita kena laksanakan pelbagai langkah penambahbaikan, banyak perlu dibaiki dan diperkemas,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 di Auditorium Jubli Perak Bangunan Abdul Aziz di sini, semalam.

Selain itu, peranan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi aspek perubahan dasar dan enakmen turut membantu kejayaan negeri mengatasi pencemaran selain pasukan pemantau.

SJAM bertujuan menangani insiden pencemaran sungai dan kekurangan air mentah di negeri ini selain melibatkan inisiatif rondaan serta pemantauan proaktif 24 jam yang digerakkan Pasukan Tindakan Segera LUAS.

-AA-

Tinggalkan komen anda