Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Surau Taman Bidor Botani Penuhi Keperluan Penduduk

By 11 Januari 2025Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Faizzad Kamal (Batang Padang)

BIDOR, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Lebih 200 penduduk setempat hadir menyaksikan perasmian Surau Taman Bidor Botani 2, di sini kelmarin.

Surau yang mula dibina sejak 8 Ogos tahun lalu dan mengambil masa empat bulan untuk disiapkan menjadi simbol kemajuan serta usaha dalam memperkukuh komuniti Islam di kawasan itu.

Menurut Orang Besar Jajahan (OBJ) Batang Padang Datuk Mat Rashid Ayob, kos pembinaan surau adalah sebanyak RM350,000.

Rashid ketika berucap.

“Surau ini bukan sahaja tempat solat tetapi boleh digunakan untuk aktiviti yang mengeratkan hubungan silaturahim serta membangunkan masyarakat.

“Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan termasuk dewan solat utama, tandas dan ruang serbaguna yang mampu menampung sehingga 100 jemaah pada satu masa,” katanya ketika berucap merasmikan majlis.

Tambah Rashid, pembinannya menjadi bukti komitmen pihak berwajib dalam memenuhi keperluan penduduk Islam di Taman Bidor Botani 2.

Penduduk setempat juga menyambut baik pembukaan surau ini dan berharap ia dapat dimanfaatkan secara optimum untuk pelbagai aktiviti yang mendatangkan manfaat kepada komuniti.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shaharuddin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda