Skip to main content
Berita Sabah & LabuanLabuan

Tabika KEMAS Labuan Akan Dinaik Taraf

By 13 Januari 2025Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus (Labuan)

LABUAN, 13 Jan (Malaysiaaktif) – Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) di wilayah ini akan mula dinaik taraf bermula tahun ini.

Persembahan Sambut Tamu daripada Tabika KEMAS Kampung Bukit Kuda

Menurut Pengerusi Penasihat GiatMARA Labuan Datuk Mohd Rafi Alli Hassan, Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) telah memberikan komitmen semasa pertemuannya dengan Ketua Pengarah KEMAS untuk menyalurkan peruntukan bagi kerja-kerja naik taraf tersebut.

Persembahan Bicara Berirama yang cukup bertenaga

“Saya sudah bertemu dengan Ketua Pengarah KEMAS dan dimaklumkan setiap Tabika dan Taska KEMAS akan diperuntukkan RM 50 ribu dan 10 Tabika akan mula dinaik taraf pada tahun ini dan baki 11 Tabika dan Taska akan dimulakan pada tahun hadapan bagi menjamin keselesaan para kanak-kanak di sana,” katanya semasa merasmikan Majlis Apresiasi Tabika KEMAS Wilayah Persekutuan Labuan Tahun 2024/2025, semalam.

Selain itu, beliau turut memaklumkan sebanyak lima Tabika KEMAS di Labuan akan memulakan pembelajaran tabika pra tahfiz.

“Sejak diumumkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid yang meminta mata pelajaran pra tahfiz di Tabika KEMAS dan saya dimaklumkan pada tahun ini akan dimulakan dengan lima Tabika dan kita pastikan bakinya pada tahun hadapan akan memulakan pembelajaran tahfiz al-Quran dalam memastikan anak-anak beragama islam dapat pembelajaran al-Quran seawal umur 4 tahun dan seterusnya menjadi hafiz di masa hadapan,” ujarmya.

Pada majlis itu beliau menyampaikan sijil graduasi kepada 245 kanak-kanak 6 tahun dari seluruh Tabika KEMAS seluruh Labuan.

Hadir sama Penolong Pengarah Kanan Unit Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS Wilayah Persekutuan, Suzana Idayu Abdul Shukor dan Pegawai KEMAS Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Gilbert Julian.

-AA-

Tinggalkan komen anda